Senarai Produk Kami

Tips – Bagaimana Isu Semasa Dapat Memberi Idea Dalam Hasilkan Inovasi Anda?

Assalam dan salam sejahtera,

Seperti yang kita sedia maklum, kes kanak-kanak hilang sudah semakin menjadi-jadi pada ketika ini. Dan kebanyakan yang hilang adalah kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan 12 tahun kebawah. Dimana pada ketika usia ini, kanak-kanak adalah dalam keadaan yang suka bermain, dan leka dengan alam sekeliling mereka. Hal ini menyebabkan banyak pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan.


Keberanian dikalangan penculik membuat kerja terkutuk ini dikawasan orang ramai juga menjadi masalah kepada kita semua. Kerana mereka sudah tidak takut dan gusar untuk menculik kanak-kanak dimana sahaja yang mereka mahu.

Baiklah, saya dengan baik hati ingin memberi anda beberapa buah fikiran.

Masalah utama dalam kehilangan kanak-kanak bawah umur ini adalah mereka tidak dapat memahami sesuatu situasi itu dengan cepat. Mereka hanya akan sedar bahawa mereka sudah diculik apabila mereka sudah dibawa jauh dari kawasan yang mereka kenal dan ditempatkan bersama kanak-kanak yang lain. Dan pada masa itu tiada apa yang dapat mereka lakukan waima dengan menjerit sekuat hati mereka. Hanya tangisan dan ketakutan sahaja yang dapat mereka rasakan.

Jadi, jika anda dipihak keluarga, anda pastinya akan berfikir bagaimana untuk mengesan anak yang hilang itu. Jika mereka diberi telefon pintar sekalipun oleh anda, pasti akan diambil dan dimusnahkan oleh orang yang menculik mereka.

Perkataan yang paling utama dalam artikel saya kali ini adalah “Mengesan” atau “Trace”. Kenapa saya tekankan perkataan ini? Sebab inilah kata kunci atau “Keyword” anda untuk mendapat idea projek tahun akhir anda.

Pendek kata, cipta special tool yang dapat mengesan kanak-kanak ini tanpa disedari oleh penculik kanak-kanak ini. 48 jam pertama adalah waktu yang penting untuk mengesan kanak-kanak ini. Kerana kemungkinan dalam masa 48 jam ini mereka masih berada dalam negara lagi.

Sejujurnya, saya pernah kongsikan idea ini didalam ebook saya  yang bertajuk Idea Projek dan Inovasi Siri 2. Idea tersebut berada dibahagian yang ke 17 dan 18 buku ini. Didalamnya ada saya perincikan sedikit idea bagaimana fungsi alat ini dapat membantu mencari kanak-kanak yang hilang.

Jika ingin boleh membeli ebook ini boleh terus ke Koleksi Idea Projek dan Inovasi Siri 2.

Tips sudah diberi, idea pun sudah didedahkan. Semoga anda faham maksud artikel ini, dan semoga berjaya.

Sekian

©SJ

Comments

Popular posts from this blog

Senarai Idea Projek Elektrik dan Elektronik

Salam Pengenalan Kepada Pengunjung Idea Projek Tahun Akhir

Final Year Project