Senarai Produk Kami

Projek Inovasi Semulajadi

Assalam dan salam sejahtera,

Ramai yang menghantar email kepada pihak Idea Projek dan Inovasi, dan bertanyakan bagaimana hendak hasilkan projek berasas alam semulajadi.

Jika difikirkan, kita boleh bayangkan apa sahaja tentang inovasi semulajadi ini didalam fikiran masing-masing. Tetapi, apabila perjalanan untuk hasilkan sesuatu projek itu sudah bermula, pelbagai masalah dan rintangan akan anda hadapi.

Daripada kajian saya menerusi internet, pertanyaan pada orang ramai dan tenaga pengajar. Rata-rata mereka semua memberi kesimpulan, projek inovasi semulajadi ini  adalah bagaimana kita dapat hasilkan sesuatu dari produk yang dikitar semula. Sebagai contoh bagaimana getah tayar lama boleh dijadikan pasu bunga.

Kebanyakan dari mereka banyak menekankan seperti contoh diatas, dimana semua idea itu sudah biasa kita nampak dalam kehidupan seharian kita.

Maka, disini saya tergerak hati untuk mengajak anda berfikir. Bagaimana kita dapat kaitkan hal ini dengan projek tahun akhir yang bakal atau sedang anda buat sekarang ini, dimana ia syarat untuk lulus dalam bidang yang anda pelajari.

Contoh:
  1. Projek Mekanikalbagaimana hendak kita dapat kaitkan dengan alam semulajadi dan kitar semula?
  2. Projek Elektrikadakah kita dapat hasilkan lampu dengan menggunakan botol plastik?
  3. Projek Hospitalitibagaimana kitar semula dan alam semulajadi dapat menjadikan servis anda dengan pelanggan bertambah baik?

Dengan Izin Allah, saya akan cuba hasilkan beberapa idea yang dapat dikaitkan antara alam semulajadi dengan projek-projek yang disebut diatas.

Sekian. 

©SJ

Comments

Popular posts from this blog

Senarai Idea Projek Elektrik dan Elektronik

Salam Pengenalan Kepada Pengunjung Idea Projek Tahun Akhir

Final Year Project