Hot Stories

Produk : Anda Tanya Saya Cuba Dapatkan

Assalam

Baru-baru ini saya telah menerima beberapa email dan whatsapp dari pengunjung dan juga pelajar yang telah singgah ke blog saya. Terima kasih diucapkan.

Rata-rata pertanyaan yang datang dari mereka adalah berkenaan tajuk projek tahun akhir. Dimana, semua mengalami masalah yang sama iaitu ketandusan idea dan kekadang tajuk yang dibentang tidak diterima oleh penyelia mereka.

Disebabkan hanya tinggal saya seorang sahaja yang menguruskan blog ini. Maka, saya akan cuba merungkai dan menyelesaikan masalah berdasarkan pengalaman dan pengetahuan saya.

Dan ada antara pertanyaan yang kerap ditanya. " Abg ada tak semua senarai tajuk untuk Mekanikal sahaja?".

Disebabkan atas permintaan anda, saya sedang dalam proses untuk menerbitkan ebook Senarai Tajuk mengikut bidang. Saya mulakan dengan Ebook Tajuk Elektrik dan Elektronik. Dijangka, ebook ini akan saya terbitkan pada hari Isnin 7 Mac 2016 ini.

Insyaallah, ebook ini akan diupdate dari semasa ke semasa. Dan bidang seterusnya adalah Mekanikal Umum.

Comments