Friday, April 28, 2017

Info - Cabang Untuk Penggiat Rekacipta Meluaskan Sayap Karier Mereka - Anugerah Inovasi Negara 2017

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.


Satu perkara yang selalu bermain diminda generasi muda negara pada masa kini, banyak dimomokkan dengan pemikiran yang bersifat "short term". Ini kerana kebanyakan daripada penggiat rekacipta atau inovasi dikalangan student hanya berfikir bahawa Projek Tahun Akhir mereka jalankan itu hanya sekadar untuk lulus sahaja.

Selain melakukan projek tahun akhir untuk mengenggam segulung sijil, Diploma atau Ijazah, sebenarnya anda boleh mengembangkan sayap idea-idea kreatif inovasi anda ke peringkat yang lebih tinggi.

Kerajaan sebenarnya sudah menyediakan pelbagai paltform untuk perkara ini. Antaranya adalah Anugerah Inovasi Negara. Dimana hadiah berupa wang tunai dan juga trofi disediakan. Jom sertai anugerah ini.

Bagaimana untuk menyertai?

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh melawat terus ke laman sesawang rasmi AIN di link dibawah... :

http://ain.mosti.gov.my/site/index

Saturday, February 11, 2017

Idea - Siren Pasukan Keselamatan (Part 2)



Assalam dan salam sejahtera,

Sebelum bermula, saya mohon beribu kemaafan kepada semua follower, terutamanya yang mengikuti perkembangan blog ini di facebook fanpage dan facebook group Idea Projek Tahun Akhir. Kepada yang belum Like fanpage kami boleh terus pergi ke https://www.facebook.com/IdeaProjekInovasi/ dan jika mahu sertai kami berkongsi idea projek tahun akhir boleh join di group FB kami di https://www.facebook.com/groups/IdeaProjekSharing/

Pelbagai dugaan dan halangan yang terpaksa saya lalui untuk menulis dalam Idea Projek ini. Biasalah kehidupan dimasa kini penuh dengan pancaroba.

Baiklah, seperti yang saya janjikan pada ketika dulu. Pada hari ini saya akan merungkai idea yang saya ada dalam menyelesaikan masalah pemandu kenderaan yang tidak dapat mendengar dengan baik siren kenderaan kecemasan apabila melalui berhampiran mereka.

Ideanya senang sahaja. Kita hanya bypass sistem audio didalam kenderaan. Bila kenderaan kecemasan melalui berhampiran mereka, sistem audio akan automatik menjadi perlahan dan bunyi siren akan keluar dalam sistem audio kenderaan. Kekuatan bunyi siren dalam kenderaan hendaklah bersesuaian dengan nilai db telinga manusia. Supaya telinga tidak sakit dan perit mendengar siren.

Bagaimana sistem kesan bunyi siren

Saya ada berbincang dengan beberapa para ilmiah dan tenaga pengajar ditempat saya. Dan ada beberapa idea yang dapat dikeluarkan hasil perbincangan tersebut. Antaranya adalah :
  1. Menggunakan frekuensi yang sama diantara kenderaan kecemasan dengan kenderaan awam. Tetapi masalah yang timbul ialah terlalu banyak perlarasan yang perlu dilakukan untuk ia mengasingkan frekuensi diantara kenderaan kecemasan lain dan kenderaan awam yang lain.
  2. Menggunakan sistem smartphone. Iaitu mengguna pakai sistem WiFi, Gps, Internet, Aplikasi dan sebagainya. Maksudnya sistem ini ada built in android Os diantara kedua-dua kenderaan.
  3. Sistem menggunakan sound sensor yang diletakkan diluar kenderaan untuk mengesan siren. Ia hanya mengesan bunyi siren sahaja.
 Ilustrasi sistem seperti gambar carta alir dibawah :

Baiklah sampai sini saja pada kali ini. Sehingga kita bertemu kembali di lain entri.. Tamat,

Thursday, December 22, 2016

Idea - Siren Pasukan Keselamatan (Part 1)

Assalam,

Jika anda biasa memandu kenderaan atau menunggang motorsikal, pernah tidak anda melihat kenderaan pasukan keselamatan seperti Polis, Bomba, dan Ambulans melalui jalan yang anda lalui?

Dan sudah tentu anda perasan ada beberapa kenderaan yang agak lambat bertindak untuk memberi laluan kepada pasukan keselamatan ini. Pernah tidak hal ini menjadi persoalan di pemikiran anda? Jika tidak pernah, ini bermakna cara anda berfikir tidak sampai tahap kreatif yang boleh mencetuskan idea-idea inovasi yang berguna.

Jika anda perasan dulu saya pernah tekankan untuk anda lebih berimaginasi untuk mendapat idea projek tahun akhir anda. Hal ini termasuk, apabila anda terlihat sesuatu permasaalahan anda terus mendapat idea untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Kenapa tidak dengar Siren?

Permasaalahan atau persoalannya disini, kenapa ada segelintir pemandu tidak dengar, tidak alert dan lambat bertindak untuk memberi laluan kepada pasukan keselamatan. Salah satu sebabnya adalah seperti berikut :
  1. Kedap @ kalis bunyi - Selalunya terdapat pada kereta mewah
  2. Radio didalam kenderaan terlalu kuat.
  3. Kepenatan dan tidak fokus pada pemanduan
  4. "Selfish" atau pentingkan diri sendiri.

Perkara ini banyak berlaku ketika kesesakan lalu lintas dan kereta terlalu banyak. Dan biasa kita lihat berlaku ketika waktu puncak, iaitu waktu pergi balik kerja dan waktu makan tengahari.


Jadi apakah penyelesaian yang sepatutnya dapat kita lakukan untuk dijadikan sebagai idea projek tahun akhir kita? Saya mahu anda fikirkan dahulu... hehehe... Saya akan dedahkan apakah ideanya pada 31 Disember 2016 jam 11.59 malam. Satu minit sebelum new year.

Tapi harus diingat, sebelum saya dedahkan saya mahu anda fikirkan sendiri apakah idea yang dapat menyelesaikannya.

Saya hanya bagi beberapa tips, idea ada kaitan frekuensi dan alatan elektronik.

Selamat mencuba..

Bersambung....
Related Posts with Thumbnails